Tuesday, September 27, 2011

27 hb 9 2011...

cerita irfan dl...

Assalamualaikum kpd semua:

waktu dan ketika ini. jam 10.40 am hari selasa dan 27hb 9 2011. irfan tgh tdo dgn nyenyaknya dan ayah irfan berada jauh di miri.. tinggal kita berdua aje irfan dari semalam hingga la khamis ini. Demi ayah irfan mencari rezki yg halal kita redha ayah ke sana dan doakan smg ayah selamat pergi dan selamat blk ye syg..

Pagi ini umi buat mee goreng. Alhmdllh irfan mkn sedikit. umi doa kat Allah smg irfan selera mkn dan bertambah berat badan sedikit tp kata ayah yg penting kita doa smg irfan sentiasa sihat. betul gak kata ayah tu. Hari ni genapla umur irfan setahun 8 bulan @ 20 bulan..wah. dah besar dah anak umi ye..

Nak tau apa irfan dah tau buat sehingga hari ni?

  • minum susu umi dgn kerapnya tambah2 lg bila takde aktiviti..bila ada ramai kwn2 n main aje, irfan lupa nak susu..
  • Dr segi percakapan, mcm2 boleh ckp..kdg2 tak fhm pun. buat ayat yg dpt di fahami adalah 'nak air'...nak susu umi pun ckp nak air, nak air masak pun nak air gak..isk2, kdg2 umi jd konfius yg mana 1 irfan nak.
  • kdg2 bila tgk berita ( sukan).. ada org naik basikal, irfan akan terus amik basikal n naik depan tv.. pastu nampak org main tenis @ badminton, irfan minta reket plak. pastu nampak org main bola sepak irfan amik ball plak.. sambil ckp 'ball2'. tak pun 'gol'....
  • Hari tu tgk kat berita ada budak upsr tgh menulis kan, irfan terus ckp 'wih', 'wih'.. ingatkan apa.. tulis rupanya. terus ditariknya tgn umi untuk ambil pen ke pensel ke dan kertas untuk irfan tulis ( conteng la sebenarnya)..
  • Irfan skrg suka tgk cd mari belajar huruf al-quran. duk ulang tgk cd tu aje. kalu tanya irfan, nak tgk tv ke.. irfan terus kata. 'Ba', 'Kof',.. itu maknanya irfan nak tgk cd huruf2 al-quran tu la. umi pun pasang la..irfan suke tgk..kdg2 irfan ikut. lam, mim nun ya dll...
  • Irfan dah besar, jd dah byk sgt perkataan irfan tau..takkan nak tulis semua gak kan. hehe..
  • Ohya, kdg2 bila dgr azan ke tgk org solat ke..irfan terus gi amik kopiah (irfan dah reti amik kopiah yg mmg umi sentiasa letak di satu tempat, tp tak reti letak kat tempat asal lg) n suruh umi amik sejadah n terus buat gaya solat.. irfan dah reti ikut solat, berdiri, takbir, letak tgn kat perut ( tp salah, kiri letak atas knn), rukuk, sujud n tahhiyat.. cuma biasala irfan kecik lg, kdg2 ikut, kdg2 main n kdg2 kaco umi.. isk2..

Apa lg ye pasal irfan.. cukup la dl setakat ini ye syg. blog umi ni dah lama tak update, jd byk cerita umi nak cerita ni... syg umi ni jd anak yg soleh ye.. itu adalah doa setiap umi di muka bumi ni, termasuk la umi irfan ni. dgr ckp umi, berakhlak mulia ye. insyaAllah


 ni la kuantiti mee goreng yg irfan hbskan. alhmdllh..

 Amik gbr tanpa baju.. hehe

 Ini dah umi pakaikan baju..

Td gbr sy duduk, ni gbr sy berdiri pula.. baju hadiah dr nekmi. =)

Ini gbr semasa sy berumur 6 bulan di sg congkak.. tembam nye sy dl. hehe


Cerita keluarga pula

Bulan 7 dan bulan 8, Sy jaga anak orang yg berumur lebih kurang 6 bulan. Saya di minta tlg jaga oleh adik kpd mak saudara sabit soleh. Dia kata try la jaga dl 2 bulan sbb epngasuh sbnrnya minta cuti. baby ni anak jirannya. Sy kata ok la, sbb nak try jg n nak tlg die. sepanjang sy jaga, awal2 mmg susah n akhirnya ok. Tp sy dah tak jg selepas raya sbb nya byk sbb:

  1. Saya tiada masa untuk diri sendiri n masa untuk irfan sendiri
  2. Nak cuti susah la sbb bila jg anak org ni kesian plak kat die kena cari org lain bila sy nak cuti. Cth nya sms nenek sy sakit, sy tiba2 nak blk kelantan, dha terpaksa susahkan die. N bila nak raya, sy nak cuti lama, terpaksa die cari org lain plak. Saya mls nak susahkan org, nanti lama2 org pun tak suka kita.
  3. Lagi satu sy takut jd pape kat anak org. walaupun sy jg mcm anak sy sendiri. tp kdg2 anak sy irfan pun jatuh gak..dl, jatuh dlm bilik air, nak nangis sy.. terkilan pun ada. irfan jatuh katil pun ada. dll.. jika sekiranya dlm jagaan sy tu, anak org terjatuh kan naya.. dl, sy terhantuk kepala baby kat sinki bila nak angkat die dr mandi. tak bengkak pun. tapi sy hidup tak tenteram sehingga la bg tau kat mak die. alhmdllh mak die ok.. kalu mak yg tak ok, kan naya. kita dah jg sebaik mungkin. tp dah terjadi..ni yg taknak jg anak org ni..
Saya harap terima la keadaan sy dan alasan sy dgn sebaiknya..jgn la kata sy malas.. nak tdo aje, nak baring aje.. maafkan sy.. 

Raya Puasa 2011

Tahun ini raya di kelantan. ini la pertama kali raya pertama di kelantan semenjak kawin. raya pertama di pahang, tahun ke 2 perak n tahun ke 3 ni di kelantan, rumah ayah..  Raya mana2 pun sama aje ( ini akan sy terapkan dlm pemikiran anak2).. cuma demi menjaga hati ibu bapa masing2, sy akan pastikan raya aidilfitri di rotate.. pahang, perak, kelantan...InsyaAllah..

 bergbr di sebalik pokok2.. tenggelam kami krn warna baju sama ngan background


 Bersama cinta hati umi..


Melawat kubur tok ayah, che, che fa dan sedara mara lain..


Mama sudah pergi


Sblm puasa thn ini. kami dikejutkan dgn mama yg dimasukkan ke wad disebabkan jangkitan kuman pd paru-paru. hanya 10% shj berfungsi, jd mama kena pakai alat oksigen yg dimasukkan terus ke paru2..kat husm ada 4 aje alat ni. Mama adalah panggilan untuk nenek sy. Sy dibesarkan oleh nenek sy dr umur 5 thn hingga ke 15 tahun. hari minggu sy blk ke umah ayah n umi sy waktu itu. banyak la kenangan sy bersama mama. Mama selalu suruh bc doa nabi yunus bila nak exam..smg pahala mama akan bertambah setiap kali anak cucu beramal. akhirnya mama pergi jua pada 18 hb 9 2011. mama pergi pada hari ahad, time tu sy sekeluarga berada diperak. dr perak kami bergegas blk kelantan melalui gerik n jeli..tawakal aje krn soleh tak pernah lalu jln2 ini. Alhmdllh kami sempat sampai dan sempat mengucup dahi mama buat kali terakhir.

Ya Allah, Kau ampunkan dosa2 mama yg sengaja atau tak disengajakan..smg mama ditempatkan di kalangan org yg beriman. amin..



Ini arwah mama kesayangan sy..

Sekian dl cerita umi irfan buat kali ini.. smg kita sama2 berusaha menjadi org yg bertaqwa.. jaga solat, jaga aurat, jaga mulut, jaga perlakuan, jaga maruah..jaga hubungan dgn Allah, jaga hubungan dgn manusia..berusaha menambah amal ibadat dgn ikhlas.


Doa umi buat irfan:

Ya Allah tetapkanlah dia (anakku) dan jadikanlah dia penunjuk jalan dan mendapat petunjuk. amin.